Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai, dan tahun ini saya sekeluarga telah memilih untuk mengembara ke bumi Beijing, Republik Rakyat China. Bermula dari 10 November dan berakhir pada 16 November ia telah memberikan banyak pengalaman dan memberikan kepuasan baru di dalam mencari ilmu di bumi Allah ini.
Kami banyak melihat sendiri kehebatan negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia (kira-kira 1/4 penduduk dunia.) .Kami juga kagum dengan bukti-bukti sejarah yang kami lihat terutama kehebatan bangsa China membangun tamadun dan negara besar.
"Ya Tuhan kami. Janganlah engkau siksa kami jika kami lupa atau kami tersalah" (Al-Baqarah:286) Blog ini khusus buat semua sahabat dan rakan-rakan yang ingin berkongsi apa-apa ilmu dan info bersama saya. Mudah-mudahan akan menghampirkan kita kepada keredhaan Allah s.w.t.
Sunday, December 4, 2011
Saturday, May 14, 2011
Tuesday, May 10, 2011
setiap hari cabaran baru
Sudah lama rasanya tidak mengemaskini Blog ini. Tiada sebab lain selain kesuntukan masa dan banyaknya komitmen. Setiap hari pasti ada tugasan baru menanti. Hingga tugasan lama terus tertinggal dan disisihkan demi memastikan kerja dihadapan dapat terus berjalan. Realitinya inilah rutin setiap hari hingga tiba-tiba hari ini baru menyedari telah 131 hari tahun 2011 berlalu dan kini telah memasuki pertengahan bulan Mei dan hanya dua minggu lagi akan berada pada pertengahan tahun 2011. Begitulah pantasnya masa berlalu. Dan masa yang berlalu itu semakin hari semakin jauh meninggalkan kita. Justeru saya ingin kepilkan beberapa foto sepanjang bulan April dan Mei yang berlalu pantas itu. Untuk tatapan dan menceritakan seribu satu makna kerana 'a picture is more than a thousand words'
Subscribe to:
Posts (Atom)